Photobucket










Tuesday, January 26, 2010

10 Pintu kemasukan syaitan

Assalamu'alaikum,....alhamdulillah...aku masih b'kesempatan tuk menaip.....aku t'jumpa satu artikel yng mungkin akan menginsafkan kita....bcalah.....








1. Tamak dan jahat sangka, lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan yang ada setelah berusaha dan berikhtiar

2. Cintakan hidup dan panjang angan-angan, lantas aku menghadapinya dengan rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba-tiba.

3. Cintakan kerehatan dan nikmat, lantas aku menghadapinya dengan menyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan menyakini balasan buruk.

4. Kagum pada diri sendiri(ujub), lantas aku menghadapinya dengan mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah dan takutkan balasan keseksaan.

5. Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak-hak dan kehormatan mereka.

6. Hasad, lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah(berpuas hati dengan apa yang ada setelah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

7. Riya' dan sukakan pujian manusia, lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8. Bakhil, lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawaapa yang ada di tangan makhluk itu akan binasa sedang apa yang ada disisi Allah itu akan kekal.

9. Takkabur, lantas aku menghadapinya dengan sifat tawadhu'.

10. Tamak, lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yang ada pada manusia.





Source : NurAzilaYahaya

1 comment:

  1. ASSALAMUALIKUM...

    artikel yg bgus...
    alhamdulillah...

    syukran kerana menyedarkan kami dgn artikel berguna ini...:)

    semoga hati kita terpelihara dgn sifat2 bgini...amin2..

    caranya...banyakkan berzikir, ingat ALLAH,zikrulmaut..dll..

    ReplyDelete