Photobucket










Friday, December 25, 2009

10 Wasiat Hasan Al-Banna

Apabila kamu mendengar azan,
bersegeralah untuk solat walau apa pun keadaanmu

Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau
pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir.
Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.

Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam
Bahasa Arab Fusha kerana ia merupakan salah-satu syiar Islam.

Janganlah banyak berdebat dalam apa jua perkara
kerana pertengkaran kosong tdk akan membawa kebaikan.

Janganlah banyak ketawa kerana hati yang berhubung
dengan Allah itu sentiasa dalam keadaan tenang lagi tenteram.

Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad
sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara

Jangan bercakap lebih nyaring drpd kadar yang diperlukan oleh pendengar.

Jauhi daripada mengumpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan2 & jgn bercakap melainkan perkara kebaikan.

Berkenalanlah dengan setiap rakan walaupun tdk diminta
kerana asas dakwah kita ialah berkasih-sayang dan berkenalan.

Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu
untuk memanfaatkan waktunya & jika saudara berurusan,
maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.

Source : Mu'allimah Anida

No comments:

Post a Comment