Photobucket










Friday, December 25, 2009

Menjelang Hari-hari peperiksaan

1. Menjaga Hubungan : Dengan Allah, Ibu Bapa, Guru Dan Rakan. Pertingkatkan hubungan dengan Allah dengan meningkatkan amalan kerohanian. Sentiasa meminta restu ibu bapa dan guru di dalam semua aktiviti yang di lakukan khususnya yang berkaitan dengan Peperiksaan.

2. Menjaga kesihatan. Menghadkan aktiviti yang lasak dan tanpa tujuan seperti bermain basikal. Bersiar-siar dengan motorsikal kerana dibimbangi berlaku perkara yang tidak diingini. ambil berat keadaan cuaca sekeliling. Segera mendapatkan rawatan jika ada tanda-tanda tidak sihat.

3. Menghadkan menonton TV, CD, Internet, SMS, kerana ia adalah anasir yang paling banyak mencuri masa dan tenaga tanpa disedari.

4. Mengawal pemakanan. Elakkan memakan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi kerana akan menyebabkan kita mudah mengantuk.

5. Membuat sebanyak mungkin latih tubi dari pelbagai buku dan sumber. Exercise make perfect.

6. Merebut peluang Ramadan dengan merancang waktu belajar, ibadat dan doa kepada Allah.

Source : Mu'allimah Lina

No comments:

Post a Comment