Photobucket










Friday, December 25, 2009

Dirinya mungkin dilihat pejuang disisi manusia,tapi belum tentu disisi Allah

Ana terbaca di dalam sebuah akhbar pada 20 disember 2009 yang lepas. Benar2 membuat ana membuat perhitungan kembali tentang perjuangan selama ini.Dtulis oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman, secara ringkasnya saya kongsi bersama disini.

Sudah Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa ujub menghancurkan segala amalan.

Lebih jauh dpd itu digelar dirinya sebagai MUJAHID, pejuang islam atau berbagai lagi gelaran untuk menunjukkan yang dirinya sedang berjuang dengan gagah.

Jika gelaran Mujahid diberi gelaran oleh orang, janganlah kita terkesan dengannya..kerana takut kita mungkin dilihat pejuang disisi manusia tapi belum tentu di sisi Allah. Untuk melebelkan dirinya sebagai pejuang itu bukan caranya.tapi berdoalah moga kita tergolong daripada kalangan itu

Biarlah Allah SWT saja yang menentukan, sebab tugas itu menentukan samada kita ni layak atau tidak melalui ikhlas dan rendah diri

Kita merasakan sedang berjuang habis-habisan menghapuskan segala kemungkaran, dirasakan dirinya sentiasa berpihak yang benar hingga kebenaran tu menghalalkan dirnya untuk menyesat, mbid'ahkan dan menghukum org lain seolah-olah orang lain itu tidak benar lagi.


KESIMPULAN..

Kita bimbang matinya nanti, merasa sudah berjuang dan berdakwah tapi DILIHAT SEBALIKNYA oleh Allah s.w.t.

Sebuah hadis yang membuatkan saya merenung sejenak terhadap usaha saya selama ini.(ringkasan terjemahannya)

"Antara yang terawal diadili di hari kiamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka:"Apakah yang kamu sudah perbuat(amalan di dunia dulu?)
Jawabnya: "Aku BERJUANG untukMU(wahai Allah SWT) sehingga mati syahid."

Dibalas:"Kamu BERBOHONG, tetapi kamu berjuang untuk digelar 'SANG BERANI'. Maka dikatakan, ditarik semula amalannya dan dicampakkan kemukanya dan dlontarkan dia kedalam neraka.



Ditanya kepada (orang kedua):"Apakah yang kamu perbuat(Amalan di dunia dulu?)
Jawabnya:"Aku MEMPELAJARI ILMU,MENGAJARKANNYA dan MEMBACAKAN kerana Mu al-Quran"

Dijawab semula:"Kamu BERBOHONG, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar QARI" Maka dikatakan ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.



Ditanya kepada (orang ketiga):"Apakah yang kamu perbuat(amalan di dunia dulu?)
Jawabnya:"Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali aku DERMAKANnya kerana Mu"

Dijawab semula:"Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar DERMAWAN." Maka dikatakan kepada malaikat, lalu ditarik semula amalanya dan dicampakkannya ke mukanya dan dilontarkan ke dalam neraka

(Riwayat Muslim, no 3527 Kitab al-Imarah)



Semoga kita dijauhkan daripada racun hati oleh si musuh Allah.
Bagi orang yang dah cuba untuk menjadi ikhlas, tapi tiba-tiba dipuji manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segalanya tak beri kesan kepada kecintaan jg niatnya yang ikhlas kpd Allah SWT. 

Source : Pengemis Redha

No comments:

Post a Comment