Photobucket










Monday, July 19, 2010

Al-kisah

Ini kisah zaman dahulu kala. Para ulama' buat cerita ini sebagai peringatan pada diri sendiri dan juga untuk disebarkan kepada orang ramai sebagai peringatan diri masing masing. Jadi ambil lah iktibar dari cerita ini ya.

Alkisahnya bermula begini. Ada seorang hamba Allah yang sangat kaya. Terlampau kaya. Sampai lah satu hari, sebelum dia pergi meninggal dunia ini, dia berkata kepada anak anak nya. Wahai anak anak ku, sesiapa yang boleh duduk di dalam kubur bersama aku, menemani aku supaya apabila malaikat mungkar dan nakir datang menyoal aku, maka kau halau lah mereka. Duduk lah bersama aku selama 40 hari 40 malam, akan ku bagi separuh dari harta harta ku kepada mu. Tapi malangnya sorang pun anaknya tidak mahu berbuat demikian.

Sebarkan pula kepada saudara mara, tidak ada sesiapa juga yang berani menyahut seruannya. Dan sebarkan pula kepada orang luar. Dan hadirlah seorang miskin, seorang potong kayu dengan kapaknya datang kepada orang kaya ini dan berkata, biar lah saya yang duduk di dalam kubur itu. dan menjaga tuan. tuan pun sangat gembira.

Dan sampai lah pada hari kematian. Si tukang kapak pun masuk lah kedalam kubur dan menjaga si kaya ni. Selepas orang terakhir, beredar dengan tujuh tapak, datang lah malaikat mungkar dan nangkir datang menyoal. Si kapak ni pun nampak la dua malaikat ini. Mungkin Allah buka hijabnya. Si kapak ni pun bersiap sedia lah nak menghalau malaikat menggunakan kapak ini. Tapi lain pula jadinya.

Malaikat tidak menyoal si mati tetapi menyoal si kapak ini.

Malaikat ; kau ni siapa ?
Si kapak ; aku penjaga si mati ni.
Malaikat ; kau pegang ape tu?
Si kapak ; kapak.

sampai lah hari ke 39. Malaikat mungkar dan nangkir berulang alik dan menyoal si kapak sahaja. Mana dapat kapak, potong kayu macam mana? Jual dekat siapa kayu tu? Hutan mana di tebang? Kapak ini? Kapak itu. Semuanya pasal kapak.

Dan sampai la ke hari yg 40, orang ramai pun datang nak membuka kubur tersebut. Si kapak ini pun terus keluar. Dan berkata, kau orang amik lah semua harta harta yang aku dapat ni. Amik lah, aku tidak mahukannya lagi. Aku mahu pulang sekarang juga. Amik je lah semua harta harta ini.

Semua kehairanan. Sesampai nya di rumah, isterinya bertanya, eh bang ! Mana harta harta yang sepatutnya abang bawa pulang? Kau tau tak, selama aku duduk di kubur, malaikat menanyakan aku soalan hanya pasal kapak sahaja. Belum masuk bahagian lain lagi. Aku yang hanya ade sebilah kapak ni, sudah banyak soalan ditanya, apetah pula kalau aku mempunyai harta yang banyak. Sampai bila akan di soal di dalam kubur ? Isterinya diam dan tersenyum. Dan suami berkata, tidak mengapa. Biar kan dengan sebilah kapak ni sahaja, tapi kita manfaatkannya sebaik mungkin. Manfaatkannya ke jalan Allah.

Korang sure tau moral of the story kan? Jadi pikir pikir kan lah :)
source : Fafa

No comments:

Post a Comment